Wednesday, 19 October 2016

PSPM??

 Assalamualaikum..

    Hahahahahaha.. Tak tau nak tulis apa sebenarnya. Tak pernah pun ada blog sebelum ni. Blog ni ada pun sebab lecturer suruh buat untuk sains computer. Jadi alang-alang tu, meh laa kita bercerita. Tapi nak cerita apa? entah laaaaa.

   Haaa, memandangkan PSPM dah dekat, cerita pasal ni je laa. Tu je modal yang ada buat masa ni.. Cakap pasal PSPM, PSPM tu ap sebenarnya?? Aku yakin dan percaya, kebanyakkan manusia kat muka bumi ni mesti tak tau PSPM tu benda apa.. Sebab sebelum ni aku pun tak pernah tau PSPM tu apa.. PSPM?? Mungkin spesis binatang atau mungkin sejenis makanan?? Dah laa tu. Tak payah susah-susah nak fikir , tapi korang fikir ke?? Aku tak rasa korang fikir.. kannnnnnn??

  Okeyhh, PSPM tu sebenarnya Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Alahhh, lebih kurang macam UPSR, PMR, SPM laa.. Tapi untuk budak-budak yang belajar di matrikulasi. Bagi orang luar, PSPM mungkin tak bermakna untuk korang. Tapi bagi kami warga mstrikulasi, PSPM tu penting sangat. Sebab apa penting? Sebab kitorang kena dapat pointer yang baik untuk masuk Universiti.

  Kalau dah dekat nak PSPM ni, memang ramai yang mula stress. Study je 24 jam (acah je). Kadang-kadang tu sampai tak ingat dah penat tu apa. Bukan nak sembang kosong, aku sendiri budak matrik, aku sendiri rasa semuanya. Demi PSPM, aku sanggup tidur 3jam je sehari. Kadang-kadang tu memang penat, ada jugak rasa nak give up, tapi aku percaya, setiap pengorbanan mesti ada hasilnya. Biar aku susah payah sekarang, asalkan aku senang lenang nanti.

  Dah, tu je.. Hahahaha.. Bye~ 




No comments:

Post a Comment